“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” Surah aL-Baqarah, ayat 261
Kehidupan yang tenang datangnya dari pelbagai sumber kehidupan di alam ini..antaranya ialah memberi...
Semakin berat keinginan dalam memberi semakin kuat rasa keikhlasan dalam hati yang terkesan..
Sudah banyak pelbagai kisah di luar sana yang menarik untuk dikongsikan bersama dan pelbagai cara Allah menzoherkan kenyataan di hati-hati pemberi tersebut.
Jom kita memberi tanpa syarat
dan menerima tanpa balasan
dalam apa jua perkara lebih-lebih lagi dengan orang yang dekat dengan kita dan di bawah tangunggajawab kita..
Moga setiap amalan yang baik kita semaikan akan menjadi pokok yang indah dan berbuah berlipat kali ganda dan balasan yang paling besar ialah untuk mendapatkan REDHA_NYA ALLAH AZZA WA JALLA..serta dapat melihat_NYA di akhirat sana..aamiin.
Gambar sekadar hiasan..Tajuk akan datang bayangan KETENANGAN...insyaa ALLAH..