Berfikirlah kamu kerana kamu diberikan akal untuk berfikir
Assalamu'aikum wtb. Alhmadulillah. Selawat dan salam atas nabi junjungan, ahli keluaga dan pengikutnya hingga ke akhir zaman.
Disini
saya ingin berkongsi sedikit pendapat dan ilmu sebagai seorang islam
yang hidup menumpang diatas bumi milik Allah ini. Terpulanglah atas kamu
untuk menilainya dan segala salah dan silap harap budi yang baik
dinasihati.
Begitu seronok apabila kita menyusuri jejak orang-orang yang soleh dan
bahkan tanpa kita sedari Allah telah memberi kita hikmah ilmu pengetahuan yang
amat bernilai.
Ya Allah..saya bersyukur pada-Mu kerana kerna kurnia-Mu yang tidak
putus-putus memberikanku ilham yang dikira apakah diri ini layak menerimanya.
Dia memberi kita berjasa..itulah yang perlu sebagai manusia meluahkan
rasa bersyukurnya akan nikmatnya itu. Supaya menjadi manusia yang bermanfaat
didunia ini untuk kehidupan akhirat.
Suatu ketika pernah hati saya tedetik.
Bila la agaknya saya ini hendak menjadi seorang yang betul-betul taat
akan perintahnya.
Betul…bahawa kesempurnaan manusia terbatas dan Dia Maha Mengetahui akan
kelemahan hambanya dan Dia akan memberi kita peluang tidak kira masa Allah akan
menguji dan sentiasa menguji dalam setiap detik nafas yang menghela, setiap langkah
kita bergerak Dialah Allah Maha Mengatur..INDAH…CANTIK…Aturan Allah..
Semua manusia diatas muka bumi ini mahukan kebaikan dan kesempurnaan
kehidupan namun ia tidak akan capai jika manusia itu tidak diuji dahulu.
Tidak Allah ciptakan sesuatu itu sia-sia..oleh itu…
..bersabarlah atas dugaan…
..bersyukurlah atas nikmat..
Cuba kita perhatikan setiap manusia dimuka bumi Allah ini.
Mereka semua baik dan manukan
kebaikan..
Dimana kedudukan mereka berdasarkan PILIHAN MANUSIA ITU SENDIRI…dan hakikatnya dari Allah(سبحانه و تعالى)
Sebab itulah Allah tidak akan mengira @ menghukum pada mereka yang
sememangnya lalai. Lupa dan tidak sengaja…perkara sebegini sudah banyak
dibahaskan oleh ulama. Zebagai contoh manusia yang dilahirkan sudah gila dengan
amalan mereka tidak dikira dan bila mati
nanti dia akan ditentukan oleh Allah(سبحانه و تعالى) kemana dan dimana kedudukannya.
Mengapa Allah menjadikan begitu sebab dia sebagai asbab untuk manusia
lain ambil iktibar dan menjadi asbab pahala bagi mereka yang membuat kebaikan
atas orang tadi..
Contoh lagi…seorang yang terlupa untuk solat pada satu waktu Allah
maafkan oleh sebab dia terlupa dan dia hendaklah menggantikan pada mana waktu
dia ingat...bagitu jugalah bagi orang yang tertidur sehingga terlepas solat dan
hendaklah dia lakukan semasa dia jaga…dan banyak lagi contoh yang mengjelaskan bahawa
Allah Maha Pengampun Maha Penyayang..
Berbalik kepada keterangan saya diatas… Cuba kita perhatikan setiap manusia dimuka bumi Allah ini.Mereka semua baik dan manukan kebaikan..
Berbeza pula orang yg melakukan dosa itu adalah dorongan syaitan dan
hawa nafsu yang tidak terkawal
Perhatikanlah mereka, resapilah perasaan mereka.
Mari kita melihat contoh ini..
Kita andaikan/perasaan kita emganggapnya ada
seorang yang jahat.
Kita mengimbas apa yang kita menyatakan bahawa dia
adalah orang yang jahat..andaian ini adalah perspeksi kita sahaja
Bagaimana bagi orang yang tidak mengenali dia
adalah jahat. Sudah tentu tidak ada andaian pada ketika itu sehinggalah dia
mendengar@melihat akan perbuatan jahat itu..
Kini perbicaraan saya mencabar sedikit kerana ianya
berkait dengan kemampuan seseorang untuk berfikir dan berdasarkan pengalaman
seseorang untuk menilai akan penulisan saya yang sederhana ini.
Nilailah
manusia pada hari ini...
~~~ Milik pemberian ketenangan itu atas izin Allah Rabbul Jalil ~~~