Disebalik wajah seorang pemuda itu
merenung kembali akan dosa-dosa yang merimbun di kala usianya dahulu
menginsafi kesilapan yang lalu serta sekarang dan merisaukan akan dosanya yang akan datang...
perlukah kita hanya duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa atas kehidupan kita..
persoalan itu mudah dijawab rasanya tapi merialisasikannya dalam memerlukan mujahadah yang berterusan.
kekuatan jalan kebenaran untuk mencapai ketenangan itu adalah dengan taufiq dan hidayah dari Allah jua.
kadang-kadang ianya(bisikan baik itu) sentiasa ingin memimpin kita ke jalan yang benar namun kita yang tidak menyambutnya dan terlalu angkuh terhadap diri sendiri yang merasakan sudah banyak amal dan kebaikan yang telah aku lakukan...itulah yang akan memusnahkan kehidupan.
Iman ibarat roda tayar yang bergolek atas dan bawah, kadang-kadang berada di atas, kadang-kadang berada dia bawah itulah dipangil sebagai putaran kehidupan manusia yang selalunya dan semestinya ianya akan lalui oleh setiap orang.
Capailah roda yang terus bergolek di atas jalan yang lurus
janganlah menjunjung roda yang berkarat dan bocor dipertengahan jalan
ianya akan berhenti disitu sahaja dan tidak akan sampai ke destinasi yang dituju pada jalan yang benar.
Carilah ketenangan itu.
Selalulah berharap pada-Nya agar nur makrifah menerangi hati agar jelas arah dan tujuan hidup ini.
raihlah harap dan takut pada-Nya maka beransurlah diri mencapai kebahagiaan yang hakiki didunia ini mahupun disana nanti..Insya Allah.
alfaqirilallah..