Kekasih-Nya

Thursday, 24 May 2012

Assalamu'alaikum semua..

Alhamdulillah..sekembalinya lagi alfaqir ini berbicara..

mari kita imbas sekali lagi tentang janji yang sekian lama dahulu
mengenai post yang sebelum ini bahawa apakah tujuannya kita hidup di muka bumi Allah ini

sebagaimana firman Allah swt (سبحانه و تعالى) :
  
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya : Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. Surah Az-Zariyat(52) ayat ke 56.

sudahkah kita mengabdikan ataupun dengan kata lain menghambakan diri pada-Nya
sebagai seorang hamba mestilah perlu mentaati akan pemilik kita iaitu Allah Yang Maha Memiliki..

tunaikan akan suruhan dan cubalah berusaha menjauhi akan larangan-Nya
moga setiap detik kehidupan kita mendapat manfaatnya diakhirat kelak.

insha Allah..


Jika Allah (سبحانه و تعالى) inginkan seseorang itu mendapat kebaikan nescaya Ia akan memberikan seseorang itu faham akan agama-Nya ini iaitu agama Islam.