Kekasih-Nya

Wednesday, 31 October 2012


Berfikirlah kamu kerana kamu diberikan akal untuk berfikir

Assalamu'aikum wtb. Alhmadulillah. Selawat dan salam atas nabi junjungan, ahli keluaga dan pengikutnya hingga ke akhir zaman. 

Disini saya ingin berkongsi sedikit pendapat dan ilmu sebagai seorang islam yang hidup menumpang diatas bumi milik Allah ini. Terpulanglah atas kamu untuk menilainya dan segala salah dan silap harap budi yang baik dinasihati.

Begitu seronok apabila kita menyusuri jejak orang-orang yang soleh dan bahkan tanpa kita sedari Allah telah memberi kita hikmah ilmu pengetahuan yang amat bernilai.
Ya Allah..saya bersyukur pada-Mu kerana kerna kurnia-Mu yang tidak putus-putus memberikanku ilham yang dikira apakah diri ini layak menerimanya.

Dia memberi kita berjasa..itulah yang perlu sebagai manusia meluahkan rasa bersyukurnya akan nikmatnya itu. Supaya menjadi manusia yang bermanfaat didunia ini untuk kehidupan akhirat.

Suatu ketika pernah hati saya tedetik.
Bila la agaknya saya ini hendak menjadi seorang yang betul-betul taat akan perintahnya.
Betul…bahawa kesempurnaan manusia terbatas dan Dia Maha Mengetahui akan kelemahan hambanya dan Dia akan memberi kita peluang tidak kira masa Allah akan menguji dan sentiasa menguji dalam setiap detik nafas yang menghela, setiap langkah kita bergerak Dialah Allah Maha Mengatur..INDAH…CANTIK…Aturan Allah..

Semua manusia diatas muka bumi ini mahukan kebaikan dan kesempurnaan kehidupan namun ia tidak akan capai jika manusia itu tidak diuji dahulu.
Tidak Allah ciptakan sesuatu itu sia-sia..oleh itu…
..bersabarlah atas dugaan…
..bersyukurlah atas nikmat..

Cuba kita perhatikan setiap manusia dimuka bumi Allah ini.
Mereka semua baik dan  manukan kebaikan..

Dimana kedudukan mereka berdasarkan PILIHAN MANUSIA ITU SENDIRI…dan hakikatnya dari Allah(سبحانه و تعالى‎)
Sebab itulah Allah tidak akan mengira @ menghukum pada mereka yang sememangnya lalai. Lupa dan tidak sengaja…perkara sebegini sudah banyak dibahaskan oleh ulama. Zebagai contoh manusia yang dilahirkan sudah gila dengan amalan mereka  tidak dikira dan bila mati nanti dia akan ditentukan oleh Allah(سبحانه و تعالى‎) kemana dan dimana kedudukannya.
Mengapa Allah menjadikan begitu sebab dia sebagai asbab untuk manusia lain ambil iktibar dan menjadi asbab pahala bagi mereka yang membuat kebaikan atas orang tadi..
Contoh lagi…seorang yang terlupa untuk solat pada satu waktu Allah maafkan oleh sebab dia terlupa dan dia hendaklah menggantikan pada mana waktu dia ingat...bagitu jugalah bagi orang yang tertidur sehingga terlepas solat dan hendaklah dia lakukan semasa dia jaga…dan banyak lagi contoh yang mengjelaskan bahawa Allah Maha Pengampun Maha Penyayang..

Berbalik kepada keterangan saya diatas… Cuba kita perhatikan setiap manusia dimuka bumi Allah ini.Mereka semua baik dan  manukan kebaikan.. 
Berbeza pula orang yg melakukan dosa itu adalah dorongan syaitan dan hawa nafsu yang tidak terkawal

Perhatikanlah mereka, resapilah perasaan mereka.
Mari kita melihat contoh ini..
Kita andaikan/perasaan kita emganggapnya ada seorang yang jahat.
Kita mengimbas apa yang kita menyatakan bahawa dia adalah orang yang jahat..andaian ini adalah perspeksi kita sahaja
Bagaimana bagi orang yang tidak mengenali dia adalah jahat. Sudah tentu tidak ada andaian pada ketika itu sehinggalah dia mendengar@melihat akan perbuatan jahat itu..
Kini perbicaraan saya mencabar sedikit kerana ianya berkait dengan kemampuan seseorang untuk berfikir dan berdasarkan pengalaman seseorang untuk menilai akan penulisan saya yang sederhana ini.

Nilailah manusia pada hari ini...

~~~ Milik pemberian ketenangan itu atas izin Allah Rabbul Jalil ~~~

Wednesday, 3 October 2012

Kenapa rasa ketenangan itu perlu dicari?

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya tanya soalan yang begitu.
Kebiasaannya jawapannya iala setiap manusia memerlukannya kerana ianya fitrah kejadian Allah kepada manusia supaya manusia itu rasa gembira, seronok dan tenang dalam hidup.

Macamana jika kehidupan itu menjadi tenang?
Ianya akan menjadikan hidup lebih teratur dan tidak takut ataupun bimbang akan apa yang berlaku.

Kata dan lafazlah dalam hati akan perkataan ini...inshaAllah..akan hadirlah ketenangan yang dicari itu. :)

+ JIWAKU TENANG +

 + HIDUPKU BAHAGIA +

+ HATIKU GEMBIRA +

+ HANYA REDHA KASIH SAYANG ALLAH PENANTIANKU +

+ DIALAH MAHA PENGASIH +
+ DIALAH MAHA PENYAYANG +
+ DIALAH MAHA MENGETAHUI +
+ DIALAH SEGALA_GALANYA +

~ ALLAH ~

“Your are never alone 
Just reach intoour heart and Allah is always there”