Iman
ibarat roda yang berputar
Kadang-kadang
diatas, kadang-kadang jua dibawah
Bila ada
dibawah cuba pula untuk berada diatas
Itulah kehidupan
manusia yang sentiasa saja buat kesilapan
Itu tanda
Allah SWT menyuruh hambanya supaya sentiasa bertaubat
dan terus
bertaubat.
Jangan
bila sudah tinggi kita tidak akan jatuh kebawah
Sebab
itulah kita disarankan untuk bertaubat setiasa
Jangan duduk
selesa perasaan diatas sofa kebaikan
Kerana suatu
ketika sofa itu akan membuatkan kita terlena
Tidak menyedari
api yang marak hinggap pada sofa yang empuk itu.
Sudah
banyak kali aku tersungkur dek hambatan nafsu maksiat membanjiri diri
Kala diri
dalam kabus kejahatan menyekat jalan kebenaran
Hari demi
hari hati semakin gelap maksiat
Hilang dari
arah tujuan yang hakiki.
Suatu
hati ia datang membisikkan diri
Sinarnya
cahaya menembusi kabus tebal yang menyelubungi hati
Mengejutkan
diri dibual mimpi fatamorgana dunia yang sementara
Sapaan dari
Allah terhadap hambanya yang leka
Ingin membawa
hamba itu kembali pada-Nya yang Esa.