Tuesday, 29 April 2014
Wednesday, 12 February 2014
BERSABAR MENGHADAPI PELBAGAI KESUKARAN
Sabar
adalah salah satu ciri yang paling penting bagi orang beriman. Apa yang
menyebabkan kesabaran jadi berharga ialah "supaya bersabar dengan
kesabaran yang sebaik-baiknya". Allah yang Maha Kuasa menciptakan
pelbagai kejadian untuk seseorang Muslim di mana dia harus mempamerkan
kesabarannya.
Kelemahan-kelemahan
dan pelbagai penyakit yang khusus di dunia ini, penindasan dan
penghinaan orang-orang kafir, orang yang Allah pertemukan kepada kita
adalah untuk menguji diri yang lemah ini dan merupakan sebahagian dari
kepelbagaian kejadian tersebut.
Adalah
satu rahmat yang besar untuk hidup dengan harapan dan keinginan untuk
mencapai Syurga, yang merupakan manifestasi keindahan tidak terhingga
yang Allah kaitkan kepada kita dalam al-Quran dan Hadis. Walaupun
berharap untuk mencapai syurga, orang-orang beriman harus menunjukkan
kesabaran yang sebaik-baiknya ke arah kelemahan hidup ini.
Salah
satu sifat-sifat kesabaran yang paling penting adalah sentiasa bersabar
dengan hati yang tenang. Yakin sepenuhnya bahawa semua kejadian yang
Allah tunjukkan kepada kita dicipta dengan cara yang terbaik, dalam
bentuk yang paling bijak. Hati yang yakin akan ternampak di wajahnya,
satu ketenangan dalam jiwa dan ucapannya. Di wajahnya muncul ketenangan
yang disebabkan kesabarannya. Kata-katanya menunjukkan kematangan dan
keyakinan kepada Allah.
Seseorang
yang menunjukkan kesabaran dengan sebaik-baik sabar sedar dia melakukan
ibadah dan sedar bahawa dia bersabar untuk Allah. Oleh itu dia ikhlas
dengan kesabaran ini. Sama seperti bagaimana seseorang bersyukur kepada
Allah dengan kata-kata dan perbuatannya apabila dia mendapat banyak
rahmat, dan menggunakan nikmat tersebut dengan cara yang terbaik, begitu
juga dia harus menghadapi situasi dimana dia harus bersabar dan
bertindak dalam kesedaran bahawa ada keberkatan dari Allah. Dia mesti
bertindak dengan kesedaran bahawa kejadian-kejadian tersebut dicipta
dengan penuh kebijaksanaan supaya dapat meletakkan asas bagi keindahan
dan mengalami keindahan tersebut sambil menunjukkan kesabaran.
Satu lagi tujuan menunjukkan kesabaran adalah dengan mengamalkan sifat ini dia mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan keikhlasan yang tulus seorang Muslim kepada Allah. Seseorang yang bersabar dalam menghadapi masalah, kesusahan, atau penyakit untuk mandapatkan keredaan Allah, tahu bahawa setiap detik, setiap saat kesabaran ini sangat berharga di sisi Allah. Di akhirat, ganjaran suatu amalan yang dilakukan dengan menunjukkan kesabaran yang sebaik-baiknya dan suatu amalan yang dilakukan di bawah keadaan yang sangat selesa atau tidak dengan usaha sama sekali tidak boleh sama. Jika seseorang beramal dan pada masa yang sama menunjukkan kesabaran, akhlaknya menyebabkan amalannya lebih bernilai. Sebagai contoh, seseorang yang melakukan pengorbanan ketika sedang sakit dan semasa dia sihat sempurna, tidak mungkin sama. Jika seseorang melakukan pengorbanan untuk keredaan Allah semasa dia sakit, dia, dengan izin Allah, mengalami keindahan kesabaran yang sebenar-benarnya. Atas sebab ini, sehingga kematian datang menjemput mereka, umat Islam sentiasa menunjukkan kesabaran yang sebenar-benarnya seperti yang Allah nyatakan dalam Qur’an, apabila mereka menghadapi suatu kesulitan, kecil atau besar. Sebagai balasan atas keindahan akhlak dan kesabaran sebenar yang ditunjukkannya, dia teruskan hidup dengan mengharap keredaan Allah.
2011-08-08 10:10:00
*Sumber Blog Harun Yahya
Umat Akhir Zaman Seperti Buih...
Sebuah hadis
diriwayatkan daripada Thauban ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah.
Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang
menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat? "
Sabda Baginda SAW:
"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti
dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"
Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al - Wahn."
Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"
Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."
Suatu keadaan yang nyata
di hadapan kita sekarang, bahawa jumlah umat Islam sudah cukup ramai.
Di dunia ini, satu setengah bilion lebih penduduk bumi adalah Muslim.
Tetapi kita saksikan bahawa jumlah yang ramai ini belum tentu membawa
umat ini keluar dari kesulitan. Inilah rupanya yang diungkapkan
Rasulullah dalam hadis di atas. Patutlah kiranya kita semua, umat Islam
melihat ke dalam, seberapa jauh kiranya kita sudah dijangkiti penyakit
al - Wahn tersebut, penyakit cinta dunia dan takut akan kematian.
Tentunya ini tidak
terlepas dari kesalahan pandangan umumnya masyarakat Muslim terhadap
kehidupan dunia. Kenapa umat islam cintakan pada dunia dan takut mati?
Ini kerana mansia memandang bahawa dunia ini adalah tempatnya segala
kesenangan dan kematian adalah pemutus kesenangan tersebut.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Subscribe to:
Posts (Atom)