BERSABAR MENGHADAPI PELBAGAI KESUKARAN
Sabar
adalah salah satu ciri yang paling penting bagi orang beriman. Apa yang
menyebabkan kesabaran jadi berharga ialah "supaya bersabar dengan
kesabaran yang sebaik-baiknya". Allah yang Maha Kuasa menciptakan
pelbagai kejadian untuk seseorang Muslim di mana dia harus mempamerkan
kesabarannya.
Kelemahan-kelemahan
dan pelbagai penyakit yang khusus di dunia ini, penindasan dan
penghinaan orang-orang kafir, orang yang Allah pertemukan kepada kita
adalah untuk menguji diri yang lemah ini dan merupakan sebahagian dari
kepelbagaian kejadian tersebut.
Adalah
satu rahmat yang besar untuk hidup dengan harapan dan keinginan untuk
mencapai Syurga, yang merupakan manifestasi keindahan tidak terhingga
yang Allah kaitkan kepada kita dalam al-Quran dan Hadis. Walaupun
berharap untuk mencapai syurga, orang-orang beriman harus menunjukkan
kesabaran yang sebaik-baiknya ke arah kelemahan hidup ini.
Salah
satu sifat-sifat kesabaran yang paling penting adalah sentiasa bersabar
dengan hati yang tenang. Yakin sepenuhnya bahawa semua kejadian yang
Allah tunjukkan kepada kita dicipta dengan cara yang terbaik, dalam
bentuk yang paling bijak. Hati yang yakin akan ternampak di wajahnya,
satu ketenangan dalam jiwa dan ucapannya. Di wajahnya muncul ketenangan
yang disebabkan kesabarannya. Kata-katanya menunjukkan kematangan dan
keyakinan kepada Allah.
Seseorang
yang menunjukkan kesabaran dengan sebaik-baik sabar sedar dia melakukan
ibadah dan sedar bahawa dia bersabar untuk Allah. Oleh itu dia ikhlas
dengan kesabaran ini. Sama seperti bagaimana seseorang bersyukur kepada
Allah dengan kata-kata dan perbuatannya apabila dia mendapat banyak
rahmat, dan menggunakan nikmat tersebut dengan cara yang terbaik, begitu
juga dia harus menghadapi situasi dimana dia harus bersabar dan
bertindak dalam kesedaran bahawa ada keberkatan dari Allah. Dia mesti
bertindak dengan kesedaran bahawa kejadian-kejadian tersebut dicipta
dengan penuh kebijaksanaan supaya dapat meletakkan asas bagi keindahan
dan mengalami keindahan tersebut sambil menunjukkan kesabaran.
Satu lagi tujuan menunjukkan kesabaran adalah dengan mengamalkan sifat ini dia mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan keikhlasan yang tulus seorang Muslim kepada Allah. Seseorang yang bersabar dalam menghadapi masalah, kesusahan, atau penyakit untuk mandapatkan keredaan Allah, tahu bahawa setiap detik, setiap saat kesabaran ini sangat berharga di sisi Allah. Di akhirat, ganjaran suatu amalan yang dilakukan dengan menunjukkan kesabaran yang sebaik-baiknya dan suatu amalan yang dilakukan di bawah keadaan yang sangat selesa atau tidak dengan usaha sama sekali tidak boleh sama. Jika seseorang beramal dan pada masa yang sama menunjukkan kesabaran, akhlaknya menyebabkan amalannya lebih bernilai. Sebagai contoh, seseorang yang melakukan pengorbanan ketika sedang sakit dan semasa dia sihat sempurna, tidak mungkin sama. Jika seseorang melakukan pengorbanan untuk keredaan Allah semasa dia sakit, dia, dengan izin Allah, mengalami keindahan kesabaran yang sebenar-benarnya. Atas sebab ini, sehingga kematian datang menjemput mereka, umat Islam sentiasa menunjukkan kesabaran yang sebenar-benarnya seperti yang Allah nyatakan dalam Qur’an, apabila mereka menghadapi suatu kesulitan, kecil atau besar. Sebagai balasan atas keindahan akhlak dan kesabaran sebenar yang ditunjukkannya, dia teruskan hidup dengan mengharap keredaan Allah.
2011-08-08 10:10:00
*Sumber Blog Harun Yahya