Kekasih-Nya

Thursday, 29 December 2011

Tenangnya jiwa(roh) orang-orang yang beriman.

Redha Membawa Nikmat dan Bahagia
Redha Ilahi yang diperolehi orang yang redha kepada Allah s.w.t. itulah nikmat dan merupakan kunci kebahagiaan yang sejati .Sesiapa yang diredhai Allah s.w.t. , pastilah dia akan diberikan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat . Lalu mereka akan dimasukkan ke dalam syurganya dan kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Wahai jiwa yang tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaku ( yang soleh ). Dan masuklah ke dalam syurgaku".
( Surah Al-Fajr : Ayat 27-30 ) 


Berkat redha itulah maka di dunia akan mendapat ketenangan jiwa dan di akhirat akan memperolehi kebahagiaan yang kekal untuk selama- lamanya. Redha mengakui bahawa Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai Agama yang benar dan Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir , maka itulah asas kemanisan iman yang membawa erti yang besar dan keuntungan yang besar bagi orang yang redha kerana merasakan kelazatan rohani.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Merasakan kemanisan iman , siapa yang redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama Muhammad sebagai Rasul ( Utusan ) ".
( Riwayat Muslim )

Rujukan Dari : Taqarrub Kepada Allah. al-azim/jab. mufti Negeri Melaka

Sunday, 25 December 2011

Meniarap, merangkap, berjalan dan berlari.

Asal akan kejadian manusia dari terbentuknya janin dan ditiupkan roh kedalam jasad dan telah berjanji bahawa hanya Allah adalah Tuhan yang berhak disembah.

Kemudian terlahirlah didunia menjadi seorang manusia yang sempurna dan dinamakan sebagai bayi yang tidak tahu apa-apa sehinggalah menjadi seorang manusia yang sudah dapat berfikir akan baik dan buruknya kehidupan ini. Saat inilah dibebankan ia dengan tugas sebagai manusia yang perlu taat dan patut akan semua perintahnya.

begitu jua dengan  dunia siber ini, amat baru rasenye saya berjinak-jinak dalam alam ini.
amat baru dalam berkata-kata dalam ini sehinggakan banyak  perkara yang perlu dibaiki,
jika dibandingkan mereka yang sudah jauh mahir dalam mengolah kata-kata dan menyusun bicara yang diharapkan boleh memberi manfaat kepada seluruh manusia yang memerhatikan dan difahamkan oleh-Nya akan ilmu agama.

Pada siapa saja yang terlihat@terjumpa akan salah dan silapnya dalam menyampaikan ilmu dan belajar ilmu daripada saya ini tegurlah dengan sebaik mungkin dan saya amat memerlukan teguran dari kamu semua.
Jika dalam memberi dan berkongsi ilmu ini dalam Ilmu Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat yang boleh menyebabkan terpesongnya dalam landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan rujukan terbenarnya Al-Quran dan Hadith yang benar.




Biarlah dia (hatimu) mencari ketenangan itu...

Kerana letaknya fitrah manusia menginginkan ketenangan dalam hidup
apa guna jika ada duit berjuta ringgit tapi tidak boleh tidur dengan lena,
apa guna ada harta bertimbun jika kesihatan tidak mengizinkan,
oleh itu apa yang sebenarnya dicari oleh manusia kini, tidak kiralah orang islam mahupun yang buka islam adalah ketenangan. Ramai orang bukan islam cuba mencari akan ketenangan itu namun akhirnya berkesudahan dengan sia-sia kerana milik ketenangan itu bukannya boleh dibeli dikedai-kedai tepi jalan tapi ianya adalah anugerah pada hambanya yang beriman pada-Nya.

Yakinlah akan kepercayaan dalam agama-Nya ini dengan sebenar-benarnya dan kembalilah akan jiwa mu ke hadrat-Nya dengan jiwa yang tenang dan bahagia.

"Sungguh menakjubkan keadaan orang yang beriman, kerana semua perkara adalah baik baginya, dan itu tidak terjadi kepada sesiapa pun kecuali kepada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu pun baik baginya." (HR Muslim).

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi. Maha Mengasihani.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah, syukur dan puji hanya milik-Nya.Selawat atas Baginda Rasulullah () dan atas pengikutnya sehinggalah ke hari ini yang sentiasa mengharap kasih redha-Nya Ilahi.

Setiap hela nafas dan setiap saat denyutan nadi ini bergerak menyatakan bahawa betapa besar dan luasnya nikmat yang dikurniakan oleh-Nya pemilik alam ini.

Setelah sekian lama menyepi di alam maya. Diri ini kembali atas gerak taufiq daripada-Nya.insya Allah.
Bukanlah hebatnya diri ana dalam menyampaikan kata-kata kerana itu semua pimjaman-Nya semata.

Sudah banyak cerita dan sejarah yang telah berlalu pergi dan ada yang sempat dirakam dan ada jua yang telah lupus dari ingatan, ini menyatakan bahawa manusia itu lemah yang sentiasa memerlukan pertolongan dari-Nya sentiasa.
Insya Allah.

tidak arif diri ana dalam mentafsirkan kehidupan yang penuh mencabar ini kerana setiap yang berlaku itu ada rahsia yang banyak sekali untuk akal ini berfikir akan kejadian yang berlaku itu.


tik..tik..tik..berdetiknya setiap saat jam bergerak setiap detik itu jua perjalan kehidupan dirakam dan deperhatikan oleh-Nya sentiasa dan malaikat penjaga makhluk yang ditugaskannya itu.

Masa dan kehidupan tidak boleh dipisahkan pada tika berada di alam dunia ini kerana
masa itu akan mengajar kehidupan seseorang dalam memahami lumrah kejadian yang Esa yang tidak pernah terlepas dari melakukan 2 perkara iaitu pahala mahupun dosa, baik @ jahat antara 2 perkara ini sahaja yang sentiasa bermain didalam kehidupan ini yang semuanya ini ditentukan oleh masa seseorang itu.

Allah Maha Mengetahui akan setiap hati makhluknya kerana dialah pemilik segala kejadian langit dan bumi.
kenapa didalam hati itu sebagai rujukan setiap makhluk kerana hati itu sebagai raja pemerintah kepada seluruh tubuh badan manusia, Al-Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa hati adalah seperti raja, sedangkan anggota lain sebagai tenteranya. Semua anggota-anggota ini akan taat dan patuh terhadap perintah rajanya ini, sesuai dengan maksud hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati." (Hadis riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim).

jika ditunjukkan jalan itu oleh-Nya teruskanlah menyusuri denai-denai kehidupan dan bawalan bekalan kesabaran dan pikullah cabaran yang akan mendatang, siap siagalah dalam apa jua masalah cabaran selepas dari pada itu. Hidup sebagai ujian yang tidak pernah kenal erti putus asa yang selalu menjadi guru yang terbaik untuk mendidik kita menjadi seorang manusia yang benar-benar beriman pada-Nya.

akhir kata untuk mukadimah pada kali ini ialah dapat atau tidak saya kembali pada pemilik alam ini yang Maha Kuasa dari segala apa pun di alam ini.
Segala puji dipanjatkan ke hadrat-Nya yang Esa. Saya sebagai hamba merasa rendah dan faqir dihadapan-Nya dan mengharap semoga semua orang islam berada dalam kalangan orang-orang yang mengharapkan redha-Nya sentiasa sehinggalah kembali pada-Nya.


wallahu'alam, 
insan yang meneduh dibawah pohonya sebelum meneruskan 
jalan yang pangjang dan tiada penghujungnya nanti.Insya Allah.

Saturday, 27 August 2011

Raihlah anugerah kemenangan yang diberi_NYA..


Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalammu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah..kini tibalah hari kemenangan umat islam.

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta'ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Idul fitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta'ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Pengertian 'Idul Fitri

Kalimah 'Id (Bukan Aid) ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun. Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Iislam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.

Fitri juga bermaksud tabiat semual jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih pada malam-malam Ramdhan, bertadarus al-Quran, Quyamullai, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya. Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.

Dengan penjelasan tadi maka kita dapat mengambil kesimpulan bahawa 'Idil Fitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu ammarah sepanjang bulan Ramadhan. Apabila muncul anak bukan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka septutnya benar-benar menjadi orang yang takwa. Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah s.w.t. menerusi ayat 183 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagai diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu dengan puasa itu semoga kamu bertakwa."


Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara' dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.


Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?

Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara' untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.

1. Berdoa di malam raya

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta'ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya'ban.

Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.

Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan 'Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta'ala:

Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."

(Surah Al-Baqarah : 185)

3. Mandi Sunat Aidilfitri

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas dan Al-Fakih bin Sa'd Radhiallahu 'anhum bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu 'alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."

(Hadits riwayat Al-Syafi'e dan Al-Baghawi)

5. Makan terlebih dahulu (seelok-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)

Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu 'anhu, beliau berkata:

Maksudnya: "Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

6. Mengucapkan tahniah

Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak."

Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi'en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari'atkan di dalam Islam.

Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii'timadkan.(Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

7. Ziarah menziarahi

Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.

Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu 'anha, beliau berkata:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu'ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita."

(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-'Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu 'anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu 'anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.

(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu'ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)

Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta'ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri. InsyaAllah..

Artikel ini dipetik daripada website tazkirah syawal -->http://ramadhankent.blogspot.com/ untuk tatapan kita bersama..: Eisyaa^rDeVen




Sunday, 26 June 2011

Setenang air tasik di hening PAGI yang INDAH..

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ahlan Wa Sahlan semua!!!
"Jazaakallahu khairan kathira"
(moga Allah membalasmu dengan segala kebaikan)
di atas kehadiran anda yang sudi melihat blog ini

Dengan lafaz :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
(Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Ibarat statiknya air di tasik yang tidak dinodai oleh hembusan sang angin dan sentuhan si makhluk yang menghuninya.

biasa sahaja keadaannya tapi disebaiknya tenangnya air itu tersembunyi rahsia tersirat dan tersurat.

Inilah salah satu dari seribu satu ciptaan ALLAH yang patut dihayati dan difikirkan akan kejadiaan-Nya..

sepertimana Allah ( ) berfirman :-

. أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَلَكَهُ يَنَابِيعَ فِي الْأَرْضِ ثُمَّ يُخْرِجُ بِهِ زَرْعاً مُّخْتَلِفاً أَلْوَانُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرّاً ثُمَّ يَجْعَلُهُ حُطَاماً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِأُوْلِي الْأَلْبَابِ
.Maksudnya :
"Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal."  Surah Az-Zumar (39), ayat 21