Alhamdulillah, syukur dan puji hanya milik-Nya.Selawat atas Baginda Rasulullah (ﷺ) dan atas pengikutnya sehinggalah ke hari ini yang sentiasa mengharap kasih redha-Nya Ilahi.
Setiap hela nafas dan setiap saat denyutan nadi ini bergerak menyatakan bahawa betapa besar dan luasnya nikmat yang dikurniakan oleh-Nya pemilik alam ini.
Setelah sekian lama menyepi di alam maya. Diri ini kembali atas gerak taufiq daripada-Nya.insya Allah.
Bukanlah hebatnya diri ana dalam menyampaikan kata-kata kerana itu semua pimjaman-Nya semata.
Sudah banyak cerita dan sejarah yang telah berlalu pergi dan ada yang sempat dirakam dan ada jua yang telah lupus dari ingatan, ini menyatakan bahawa manusia itu lemah yang sentiasa memerlukan pertolongan dari-Nya sentiasa.
Insya Allah.
tidak arif diri ana dalam mentafsirkan kehidupan yang penuh mencabar ini kerana setiap yang berlaku itu ada rahsia yang banyak sekali untuk akal ini berfikir akan kejadian yang berlaku itu.

Masa dan kehidupan tidak boleh dipisahkan pada tika berada di alam dunia ini kerana
masa itu akan mengajar kehidupan seseorang dalam memahami lumrah kejadian yang Esa yang tidak pernah terlepas dari melakukan 2 perkara iaitu pahala mahupun dosa, baik @ jahat antara 2 perkara ini sahaja yang sentiasa bermain didalam kehidupan ini yang semuanya ini ditentukan oleh masa seseorang itu.
Allah Maha Mengetahui akan setiap hati makhluknya kerana dialah pemilik segala kejadian langit dan bumi.
kenapa didalam hati itu sebagai rujukan setiap makhluk kerana hati itu sebagai raja pemerintah kepada seluruh tubuh badan manusia, Al-Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa hati adalah seperti raja, sedangkan anggota lain sebagai tenteranya. Semua anggota-anggota ini akan taat dan patuh terhadap perintah rajanya ini, sesuai dengan maksud hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati." (Hadis riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim).
jika ditunjukkan jalan itu oleh-Nya teruskanlah menyusuri denai-denai kehidupan dan bawalan bekalan kesabaran dan pikullah cabaran yang akan mendatang, siap siagalah dalam apa jua masalah cabaran selepas dari pada itu. Hidup sebagai ujian yang tidak pernah kenal erti putus asa yang selalu menjadi guru yang terbaik untuk mendidik kita menjadi seorang manusia yang benar-benar beriman pada-Nya.
akhir kata untuk mukadimah pada kali ini ialah dapat atau tidak saya kembali pada pemilik alam ini yang Maha Kuasa dari segala apa pun di alam ini.
Segala puji dipanjatkan ke hadrat-Nya yang Esa. Saya sebagai hamba merasa rendah dan faqir dihadapan-Nya dan mengharap semoga semua orang islam berada dalam kalangan orang-orang yang mengharapkan redha-Nya sentiasa sehinggalah kembali pada-Nya.
wallahu'alam,
insan yang meneduh dibawah pohonya sebelum meneruskan
jalan yang pangjang dan tiada penghujungnya nanti.Insya Allah.
No comments:
Post a Comment