Kekasih-Nya

Wednesday, 28 August 2013

Senyuman dalam BAHAGIA

Syukur..Alhamdulillah dalam iman.
Kenikmatan islam dalam subur menjadi penyeri kehidupan dunia dan akhirat.

Tidak dapat tidak juga rasa indah tenang dalam hati ibarat tasik yang tenang seperti jua laut yang tidak bergelora para pemancing dan nelayan tidak gusar akan bahaya yang menimpa.

Pemburu ke_TENANGAN

Dengan nama Allah yang mulia pemilik alam yang fana ini..
Alhamdulillah..segala pujian atas Rasul_Nya yang mulia pembawa syiar islam keserata dunia.


Menjadi pemburu akan adanya buruan yang menjadi keinginan setiap idaman pemburu.
Isk..bunyinya macam takut je kan...

Dalam setiap ilmu untuk memburu seseorang perlu mengenal akan apa yang hendak diburunya dan mengetahui dengan mendalam tingkah, gerak dan laku buruannya..

Mari kita sirati maksud disebalik Pemburu ke_TENANGAN di awal tajuk yang dibina.
kenapa ketenangan itu perlu diburu?
jika ditanya akan semua manusia yang hidup didunia ini siapa yang mahukan tenang bahagia dalam hidup maka hatinya akan merasakan bahawa ianya merupakan anugerah yang sangat diperlukan oleh setiap manusia..

Kerana apa? sesuai dengan sifatnya manusia yang yang serba kekurangan dan jasad ini saja adalah milik_Nya..

berakhirnya sebuah bahtera Ramadhan yang mulia maka akhirnya ia berlabuh di pulau Syawal yang mulia anugerah dari Allah Yang Maha Esa kini dalam pulau Syawal disuatu pengembaraan menuju Ramadhan yang akan menjelma kembali.Insya Allah.




Monday, 5 August 2013

Ramadan_iTU_TeNANG & DAMAi


Assalamu'alaikum wahai hamba yang dikasihi Allah sekalian. Tidak kira manusia mahupun jin yang penting dirimu Islam
 dan ketahuilah olehmu bahawa agama yang diredai oleh ALLAH hanyalah islam sahaja.

Alhadulillah..sampai juga Ramadan kali ini dan sudahpun hendak pergi meninggalkan kita sekali lagi. Atas ketentuan Allah Subhanallahu Ta'ala atas usaha menanti ketibaan Ramadhan yang lepas dan berharap pula untuk bertemu semula dengan Ramadan yang akan datang.



 Bulan berkat dan Rahmat.


"Jika datang Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu" (Hadis Riwayat Muslim.No1079)

Ramadan itu hadir mendamaikan ketenangan dalam hati orang-orang yang beriman yang sentiasa merindukan keredhaan dari Ilahi.

Kini secara tidak sedar Ramadhan akan berlalu pergi..dan dalam beberapa hari lagi Insya-Allah kita akan menyambut Hari Raya Eid Al-Fitr @pun hari raya puasa.Iaitu hari yang Allah Subhanallahu Ta'ala bagi hadiah kepada manusia. Maka terimalah hadiah dengan gembira disamping menjaga adat syariat yang telah ditetapkannya.

Sekadar saja ana berbicara seketika mengisi masa-masa yang ada pada bulan yang mulia ini.

Rancanglah kehidupan duniamu dengan sebaiknya
dan jangan lupa untuk merangcang masa tika kamu diakhirat nanti jua.

Sekian, Wassalam.