Kekasih-Nya

Wednesday, 28 August 2013

Pemburu ke_TENANGAN

Dengan nama Allah yang mulia pemilik alam yang fana ini..
Alhamdulillah..segala pujian atas Rasul_Nya yang mulia pembawa syiar islam keserata dunia.


Menjadi pemburu akan adanya buruan yang menjadi keinginan setiap idaman pemburu.
Isk..bunyinya macam takut je kan...

Dalam setiap ilmu untuk memburu seseorang perlu mengenal akan apa yang hendak diburunya dan mengetahui dengan mendalam tingkah, gerak dan laku buruannya..

Mari kita sirati maksud disebalik Pemburu ke_TENANGAN di awal tajuk yang dibina.
kenapa ketenangan itu perlu diburu?
jika ditanya akan semua manusia yang hidup didunia ini siapa yang mahukan tenang bahagia dalam hidup maka hatinya akan merasakan bahawa ianya merupakan anugerah yang sangat diperlukan oleh setiap manusia..

Kerana apa? sesuai dengan sifatnya manusia yang yang serba kekurangan dan jasad ini saja adalah milik_Nya..

berakhirnya sebuah bahtera Ramadhan yang mulia maka akhirnya ia berlabuh di pulau Syawal yang mulia anugerah dari Allah Yang Maha Esa kini dalam pulau Syawal disuatu pengembaraan menuju Ramadhan yang akan menjelma kembali.Insya Allah.




No comments:

Post a Comment